- Menggubal dasar-dasar pembangunan, sosial, ekonomi, fizikal dan keselamatan;
- Menggubal strategi bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi di bawah Kementerian - PEMUDAH;
- Mengkaji, menilai dan menyelaras program dan aktiviti termasuk akta/kaedah/peraturan yang digunapakai oleh agensi-agensi;
- Menyelaras isu persempadanan dan pembangunan Wilayah Persekutuan dengan negeri yang bersempadan;
- Menyelaras program ETP (Greater Kuala Lumpur/Klang Valley (GKL/KV)), NKRA dan NKEA;
- Menyediakan maklum balas terhadap mesyuarat majlis-majlis peringkat negara, memorandum Jemaah Menteri dan draf-draf dasar oleh Kementerian-kementerian dan agensi; dan
- Menyelaras keputusan mesyuarat majlis-majlis peringkat negara.
|
- Menyelaras dan merancang pembangunan semula bandar bagi bagi kawasan-kawasan slum, brownfield, dan infill yang berpotensi untuk dimajukan;
- Menyelaras pengambilan tanah bagi tujuan ekonomi, perumahan dan sebagainya di Wilayah Persekutuan;
- Menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan bandar baru di Wilayah Persekutuan;
- Menyelaras hal-hal berkaitan perancangan tanah bagi tujuan awam seperti tapak perkuburan awam, rumah ibadat dan penempatan semula setinggan;
- Menyedia dan menyelaras maklum balas pembangunan, penyewaan dan pajakan tanah milik atau tanah rezab persekutuan di Wilayah Persekutuan;
- Menyelaras permohonan tapak-tapak warisan bagi tujuan pewartaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645);
- Menyelaras peluasan dan pemakaian akta//kaedah/peraturan/garis panduan yang melibatkan hal-hal mengenai tanah ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan;
- Merangka pelan tindakan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan perbandaran di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya seperti pengurusan sampah, kebersihan awam, pengurusan parit/longkang, penyediaan tong sampah, papan tanda, papan iklan, rumah sembelih/pasar, pencegahan penyakit pembawaan vektor dan berjangkit, bekalan air, bekalan elektrik dan sebagainya;
- Menyelaras dan memantau pelan tindakan dalam aspek kemudahan-kemudahan awam dan infrastruktur sosial termasuk penyenggaraan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya seperti tandas awam, tempat letak kereta, dewan, penyediaan hentian bas, CCTV, lampu isyarat, lampu jalan, pembersihan jalan dan sebagainya;
- Merangka dan menyelaras aktiviti bagi Program LA21 Wilayah Persekutuan; dan
- Menyelaras perancangan pembangunan di Wilayah Persekutuan.
|