 |
| |
 |
| | |
| CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN |
Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia. |
| | Kuning | : | | Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan. | | | Biru | : | | Perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran. | | | Merah | : | | Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga. | | | Jata Negara | : | | (Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah Persekutuan. | | | Tiga (3) Bintang | : | | Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan. |
|
LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN |
Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah Persekutuan.
Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya. |
Sejahtera dari segi aspek berikut: - Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang terancang dan berkualiti;
- Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat;
- Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat;
- Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi;
- Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi;
- Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat; dan
- Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.
|
"MAJU DAN SEJAHTERA" Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah Maju Membangun Dijulang Megah Aman Sentosa Disepanjang Masa Teguh Disemai Sentiasa Membara Semangat Setiap Warganya Cergas Mindanya Semangat Waja Pada Wilayah Ditumpah Setia Hormat Hormati Penuh Mesra Bersatulah Berbaktilah Semua Warga Wilayah Sayangilah Lindungilah Sepenuh Jiwa Raga Kita Jaga Keharmonian Semua Maju Sejahtera Wilayah Persekutuan |
| | |