KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

  • mobil web
  • w3c
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • black color
LAMAN UTAMA SEJARAH

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.  Pada masa itu, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.

Pada tahun 1981, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN telah diturunkan statusnya menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Klang.  Untuk menampung strategi pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pula, pada tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang untuk melaksanakan dasar pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.  

Penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping bertanggungjawab untuk menyelaras Perancangan Lembah Klang seperti yang tersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (pindaan terkini).

Pada 23 Oktober 2009, ketika pembentangan Bajet 2010, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa fungsi dan tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan diperkukuh dan diperluaskan untuk membasmi kemiskinan bandar seluruh negara dan melaksanakan program kesejahteraan bandar.  Sehubungan itu, pada 13 November 2009, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan rasminya dikenali sebagai KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR.

Setelah lima tahun Kementerian memegang fungsi Kesejahteraan Bandar, pada 15 Mei 2013 YAB Perdana Menteri mengumumkan semula pengembalian fungsi tersebut kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian kembali kepada fungsi asal yang mana tumpuan khusus adalah terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping bertanggungjawab untuk menyelaras Perancangan Lembah Klang seperti yang tersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (pindaan terkini). Kementerian ini dikenali semula sebagai KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN.

Last Updated ( DATE_FORMAT_LC2 )